Tuesday, July 12, 2011

Hebatnya Perempuan

Assalamualaikum..

hebatnya perempuan. Hebatnya orang perempuan ni bukan pada kegagahan dia lawan orang gusti. tapi hebatnya orang perempuan ni pada kesabaran dia. nak tahu kenapa?


Sabarnya orang perempuan ni dalam mengikut tuntutan agama. Semua benda nk kena tutup. Tutup atas tutup bawah, labuhkan tepi. Kaki pun kena tutup. Kepala apatah lagi. Cuba kalau try orang lelaki pakai jubah, serban (ok lagi, terbuka), stoking HARI HARI. haaa....memang sabar kan orang perempuan ni. Tambah tambah pula dengan iklim khatulistiwa yang tidak pernah nak bagi diskaun. Fuh!. Panas panas. kagum dengan orang yang boleh pakai jubah tanpa merungut sedikit pun.:)

Yang tak tutup semua tu bukan lah tak hebat. Tapi orang putih kata fair performance.

Sabar lagi orang perempuan ni bila sampai part part perasaan. Orang perempuan ni senang sangat dimanipulasi perasaan mereka. Tambah tambah bab bab cinta. Selalu kan kita dengar perempuan kena tinggal dengan lelaki, sepak terajang dengan boy friend, gantung tak bertali, dera. Cer try lelaki ade orang mai luku kepala dia. Mau naik hangin satu badan. Kalau tak naik angin sekali pun, dia akan tumbuk orang tu. Paling lekeh kepal penumbuk tahan geram.

Kalau bab bab relationship, cuba kalau perempuan tu tak contact sehari tanpa bagi sebab, terus hantar mesej dan call berkoyan koyan.



"awak, apsal awk tak angkat ni. awak tak sayang saya ea?"
"dah best sangat la tu layan komen lelaki kan?"
"awak ni dah tak nak saya contact ke ape??"

Bila dah 10 mesej tak berjawab
"dah la! tak nak balas sudah!"

 Yang perempuan ni bila dah ada mesej bertangki macam tu, rela keluarkan hp senyap senyap, mesej bawah meja.

"I kat kelas la. ada usrah."

Bukan lah nak kata perempuan tak de buat macam tu. buat je. 5 mesej pertama akan minta maaf, 2 mesej kedua akan merajuk atau marah, 3 mesej last akan pujuk. Tapi kalau perempuan hantar mesej berkati kati, call berkilo kilo. Si lelaki boleh buat macam biasa je. Kalau perempuan, memang sah sah akan gelabah, terus nak mesej tak nak bagi pasangan dia risau/merajuk/marah etc. (cam feminist kan? tapi betul an? an?)

Sabarnya perempuan ni bila sampai bab rumah tangga. Tadi ada sebut kan pasal gantung tak bertali, dera dan sepak terajang. Bab gantung tak bertali la yang saya paling tak faham dulu kini dan mungkin akan datang. Apasal la dia nak tunggu orang yang dah pergi??? Sabarnya perempuan ni, walaupun orang lelaki tinggal dia tanpa pesan satu habuk pun, tapi dia setia menunggu. Cer tengok drama Nur Kasih. Sabar ke tak sabar Nur Amina tu? Bertahun tahun kena tinggal TANPA PESAN .



Cer kalau lelaki kena tinggal WITH PESAN lagi. (hangpa pergi la tengok cerita Anak Emak kat Malaysmoviefull. Bini dia cakap tu nak pergi rumah mak. Dah tak tentu arah.) So, sabar ke tak sabar?

Dulu, saya rasa perempuan ni agak tidak cerdik bila biarkan diri dia dipukul oleh suami. Tapi bila dah besar ni, dah tahu la kenapa. Satu sebab sayang, kedua sebab anak. Siapa yang nak berpisah dengan suami? Cuba habaq mai. Kalau bukan sebab konkrit sekonkrit bangunan Pisa (tak main dah KLCC sekarang.Eksen), memang tak de la perempuan nak mintak cerai  kan. Kalau boleh, sampai kena pukul lebam lebam macam kuali  pun still cakap "abang, mengucap bang."



Mak mana nak tengok anak hidup tanpa bapak. Cuba cakap. Nak nak time anak tanya, "Mak, where is my bapak. Everyone wish father's day. To whom, should I wish this?" (drama). Saya pun boleh nangis tengok drama camni walaupun saya ada papa. Yang tak de? nak cakap ape?

banyak lagi la contoh contoh yang nak disebut. tak cukup ni blogspot satu je. kena pinjam yang Zahirim Adzil sekali. sebab dia artis. jadi orang baca la. :p



Jadi, kesimpulan lepas saya berletiaq tak henti henti dari Assalamualaikum sampai p/s kejap lagi adalah "Girls are like flowers. To be appreciated not crumpled!"


Oh, lupa nak kabo, terinspirasi nok tulis benda ni sebab baca dari blog orang ni. tapi tak baca habes lagi. tak perasan ade "read more".kekekeke. SYED ALEP

p/s: orang lelaki pun sabar jugak. saja nak highlight orang perempuan. nak bagi motivasi suruh lepa ni kuat.:)

4 comments:

  1. eh,syamimi,mu knal dop syed alep tu?? baru aku tau dyo ado blog (saeng maso saser dl)..

    ReplyDelete
  2. oo yeke..aku kenal kot fb je yusran.. dia belajar kt US leni..:) saser tu gapo???

    ReplyDelete
  3. yusran(ibnyusoff)July 16, 2011 at 8:12 AM

    sains seremban yg skang dh tukar name jdk sains tunku munawwir..

    ReplyDelete
  4. oo yeke? i see i see....mu add la fb dio..syed alif ikram

    ReplyDelete