Monday, December 20, 2010

MOROCCO'S INVADER: EPISODE 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, lepas melalui beberapa cobaan bahagian visa n etc...akhirnya saya dan kakak berada di bumi maghribi yang mana 99% adalah org islam. (jgn tnye kenapa x english..mood tgh kemelayuan:p)

Selepas 'crashlanding' dari pilot Ryanair (hampir tcabut nyawa asonye den ni ha) kami kena isi borang imigresen,

Alhamdulillah pastu ade org dah tggu dan terus di bawa ke hotel..13 pound for two person (1 night)

Pagi2 lagi, xsabar punya pasal, saya dan azwanida keluar jalan2 sekitar bandar Fez y dekat dgn hotel dan sempat la snap gambar. org Morocco ckp arab campur French sket. saya cam faham tang arab je la.bila byk bunyi french tu, tlopong je. beli roti time jalan2 berdua kat bandar tu pn, tanya : "Kam haza?" "wa haza?"

nak tgelak je bila igt balik.

then, kak syahirah, our kind Malaysian sister tolong tour guidekan kami. *happy!*

Kota Lama :Tinggalan Sejarah Yang Menarik

 Pintu Masuk Kota Lama

Takjub x takjub dgn kota ni, ia dibuka oleh seorang remaja berusia 13 tahun! Nama beliau adalah Moulay Idris. Basically, kota lama ni mcm Melaka versi Morocco. Orang Morocco dulu2 adalah org Barba (barbaric). dorang sgt kasar dan ganas. Moulay Idris adalah org arab dan beliau telah mmbuka kota ni dan menjadi pemerintah. Kota ni bkn setakat kota lama yang saje2 jadi tarikan pelancong mcm Kota A Famosa tu. Kota Lama ni menampung tempat tinggal dan pusat jual beli org Morocoo yang ada dlm kota tu. Kota ni boleh dikatakan Syurga Barangan Kulit dan org2nye berkehidupan practical.

cakap byk pn x guna bang.zass!! tgk gambar:

nak tau sejarah kena byk membaca la dek

kebijaksanaan org zaman dulu.
yang ni kena cer.saya rasa cam xsenang nak  tido kalau x cer yang ni. yang batang2 kayu berukir kat atas ni adalah jam.haaa...bijak an??an? cane dorang leh taw mase dgn hanya tgk kayu2 ni..
tgk pnjg kayu ker? lumut kat kayu ker?hehe..nehi he babuji..

row kayu yang kat bwh tu, dia ada piring kt setiap atas nye.ade air yang akan mnitik dari atas. So, bila dah penuh satu piring, kayu tu akan turun. menandakan satu jam dah berlalu. MasyaAllah..hebat kan?? idea ni adalah dari Fatimatu Fehrani. nnti saya cer psal dia. takjub beta ngn fatimah ni.


Moulay Idris ni dah meninggal dah..dan ni la makam dia. Makam dia dalam masjid. Masjid ni dia y bina sndiri dan dalam ni sgt unik.

rasa mcm kat istanbul pn ada

doa pertama Moulay Idris bila dia buka kota lama
khutbah pertama Moulay Idris

dikatakan lukisan nama ALLAH yang pertama
lupa plak.pertama di Morocco ke dunia.sorry



tempat ambik wudhuk
dorang juga percaya kalau minum air ni, akan jadi bijak.



yang x bestnya, dorang ni mcm ade kepercayaan khurafat sikit. nampak x org y berdiri kat makam Moulay Idris tu? Dorang mcm percaya y kalau berdoa di makam encik Moulay ni, doa dorang akan dikabulkan.
Part yang bagusnya, dorang sgt punctual solat dan selalu berzikir. Alhamdulillah...kita ikut contoh yang baik la yer!

satu lagi cerita menarik adalah, ada satu pemerintah ni nama dia Bouinania. Anak perempuan dia nama Fatimatu Fehrani.yang saya cer tadi kan. Saya sgt takjub la dengar cerita dia ni dari kak Syahirah. Dia adalah org yang bina sekolah dan universiti pertama kt Morocco ni. dan dengar katanya, Universiti dan sekolah yang dia bina tu lagi lama dari Universiti Al-azhar. Kebenarannya?? Hanya pengkaji sejarah je la yang tahu.

Zass!! layan gambar lagi:
pandangan dari luar pintu masuk ke sekolah idea fatimahtu fehrani

yang xbestnya, fatimah punya idea tp ayah dia dpt nama.aisey..nama sekolah ni Medresa Bouinania.ni kes2 lembu punya susu sapi dapat nama la kot.

tempat wudhuk
basically, sekolah ni macam sekolah funduk la.belajar itu arab sama quran la..ada faham?:p
belakang kami tempat kami berdiri adalah area budak2 zaman dulu mengaji alquran, hadis, etc.
Universiti idea dari Fatimah dijadikan masjid Qaraouiyine. 

tempat wudhuk dan sekitarnya adalah tempat solat. 
relax je kan? xleceh
kat atas tu adalah jam PALING tepat di dunia!
kat bawah dia: org yang PALING tepat untuk jadi model kepadanya.haha

dataran yang SANGAT luas sebelum menghampiri gerbang keluar
p/s: nampak x gerbang yang berukir tu?

Yang saya tunjuk dalam ni hanyalah 50 % dari apa yang saya lihat. bayangkanlah. 3 jam kot saya tour dalam kota ni. Kota ni dibina kat tempat yang agak berbukit. so, kalau masuk ikut pintu gerbang kat atas ni, memang semput la nak daki ke atas. Kak Syahirah ni sgt bijak. dia start dari atas trus ke bawah. so, walaupun  kitorang dah berjalan 2 km (panjang kota ni) tapi x rase letih sgt pon.
antara benda lain yang kami tengok adalah:

masjid orang kaya2
bagus apa.kaya tapi beriman. org mcm ni bagus wat suami (kalau muda:p)

pembetulan cerita: ada org kaya ni.dia xde pewaris. so, dia xtaw ape nk buat dgn harta dia. boleh je dia nk derma kt sy. tp sy x lahir lagi kan time tu. haish...dia pn infaqkan harta dia buat masjid ni...hehe ..yang pntg dia kaya la kan.betul x??kan?kan? (cover malu)

Jom main teka2:
teka kucing ni tgh watpe?
teka pak cik watpe?
teka berapa usia alat yang pak cik ni guna
*usia pak cik jgn teka* pesan pak cik itu:p

So, itu je la yang dpt saya kongsikan. setakat ni sgt best kat Morocco!! sgt teruja dan amaze dgn sejarag islam. kalau korang jenis yang sukakan sejarah, sgt disyorkan dtg sini. kalau korunk jenis suka beg handmade mcm kat sarawak tu. sgt disyorkan jugak.sbb sgt lawa dan murah!!

dan tadi, lepas naik kereta api selama 3 jam lebih dari Fez, berbekalkan bahasa arab berkarat sy sikit2 (nak jugak ckp), akhirnya kami berjaya sampai kat Rabat. esok jalan2 kat Rabat then ke Kenitra by train. doakan kitorang selamat ye!

salam!

p/s: sori entry pnjg. ada video kak syahirah ckp arab french..tp lmbt kot nk upload.lainkali yer.:P
sgt salute ngn pelajar morocco kat sini. tabah dan bijak!


jawapan teka teki: 
1) kucing tgh tido
2) pak cik tgh buat benang (alaaa..benang y kita guna wat jahit baju tu)
3) usia alat tu 150 tahun.

4 comments:

  1. adinawza: eyh zack asal dah kenitra nie..bila nak sampai rabat nie?tanya2 org sebelah..

    zack:bla bla bla( arab zaman skolah)

    org sebelah:bla bla bla( arab french)....NOT YET

    adinawza& zack: Fuhhhhhh......( walaupun faham yg not yet jer)

    ReplyDelete
  2. helloo..bunyi gak arab ea...
    haha...skurang2nya i x gelabah ayam cam u..hihi:p

    ReplyDelete
  3. very nice reflection dik.subhanallah. really envy with u both hehe (xhbs2 jeles)

    anyway dik, Berber yg kat morocco tu differ from the barbaric moggols. there r 2 different groups. totally different.

    barbaroc monggols was the one who conquered Bagdad. but Berber from North Africa, which is Morocco are not barbaric people. they are good people (: tariq bin ziyad is one of them n i found out that the famous football player Zidane from France is also a Berber (not really sure the fact=p)

    safe journey. slmt practice your arabic language hehe.

    love,
    kUmmu

    ReplyDelete
  4. ler yeke? kak syirot cite org asli morocco agak barbaric katenye...erm..xpe2..
    hehe...

    haaa..pasal tariq b ziad tu pn ade..tp nik x bape igt.byk sgt cite:P
    jgn jeles.awak dah byk kali dtg sini okeh..hehe

    ReplyDelete